Assalamualaikum... hari ini terbuka hati untuk berkongsi sejarah saya terjun ke dunia bisnes tudung. Saya masih menjalankan perniaagaan tersebut secara sambilan dan masih bekerja sepenuh masa sebagai jurutera di sebuah syarikat di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Kerjaya sebagai jurutera saya mulakan sebaik sahaja tamat belajar sehinggalah sekarang... emmh pejam celik, pejam celik, dah 15 tahun lebih saya berteleku di sini. Bekerja di sebuah R&D company yang amat mementingkan produk dan keuntungan...dimana kadang-kadang bila waktu kemuncak, waktu kerja kami bukan lagi 8am-5pm, tetapi secara tidak disedari ianya bertukar kepada 8am- ~10pm. Masing-masing pulun kena siapkan kerja. Jika keaadan lebih kritikal, matahari pun saya tak sempat nampak. Nak tambahkan perasa lagi, ada ketikanya hari sabtu/ ahad pun kena datang kerja....aduih!! Sesungguhnya telus dari sanubari, saya amat tidak suka dengan semua ini, jiwa saya memberontak!! Tapi... demi beberapa suap nasi terpaksalah pujuk hati sendiri, suami dan yang paling utama hati dan perasaan anak-anak... huhu!
Sebagai seorang ibu kepada 5 orang anak yg sedang membesar berusia 3-14 tahun, saya memang sangat peka dan sensitif mengenai 'keperluan asas' anak-anak terutamanya bila menyentuh bab masa dan kasih sayang. Saya tidak mahu berhempas pulas mencari rezeki tapi anak-anak kurang perhatian dan kasih sayang. Bila di kenang-kenangkan, masa berkualiti bersama anak-anak amatlah sedikit. Mujur pagi-pagi saya kena hantar mereka ke sekolah, perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 15 minit membuatkan anak-anak berebut-rebut untuk menceritakan 'kisah' masing-masing... mana taknya bila saya pulang dari kerja mereka dah tidur!! Kesian mereka... kadang-kadang bila mereka sampai rumah, kami suami isteri belum sampai lagi. Tiada makanan terhidang di atas meja, tiada sesiapa yang menyambut kepulangan mereka!! Saya masih di pejabat manakala suami pula yang bekerja di Kulim memerlukan sedikit masa untuk sampai ke rumah kami di Bayan Baru. Bagi saya pula, masa yang saya ada untuk diri sendiri dan keluarga sangat cenonet... Untuk menulis ini pun, saya gunakan masa rehat saya. Masa rehat itulah saya gunakan untuk saya melakukan segala 'personal things'; menanda buku latihan anak jika sampai musim exam, mengemaskinikan segala akaun yang ada, merancang itu ini... fuihhh, pendek kata dalam satu hari macam-macam watak saya buat.. engineer, accountant, planner ... amat jarang untuk saya keluar makan berjimba-jimba dengan kawan sepejabat... agak-agaknya sampai bila yea saya boleh tahan??
Nampak gayanya saya kena stop dulu, dah nak habis waktu lunch! Nak pi solat zohor dulu... nanti saya sambung yea. Kesimpulannya, bagi saya anak-anak adalah 'nyawa' saya! Moga Allah permudahkan 'jalan' kita semua... ameen Ya Rabb!
No comments:
Post a Comment