Thursday 3 October 2013

Barakah Jumaat...



Jumaat penghulu segala hari! Didiklah diri dgn bersedekah, ajarilah diri dgn memberi... dengan bersedekah dapat membantu kita membersihkan jiwa& diri, dengan bersedekah juga menjadikan kita semakin hampir dengan MAHA Pencipta. Mengenalpasti siapa kita disisisNya, memaksimakan tahap pergantungan diri kepadaNya! Belajarnya mengambil hatiNya, gembirakanlah hatiNya dengan menggembirakan hati orang lain, percayalah....janji Allah itu PASTI!!

Sabda RasulAllah SAW, “Jika anak Adam mati, maka terputuslah amalnya kecuali dari tiga perkara; sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat, atau anak shaleh yang senantiasa mendoakannya.“ (HR.Muslim, Ahmad, Abu Daud dan Tirmizi). Semoga rahmat Allah bersama kalian... ameen!

Switching Point...Part 1

Assalamualaikum... hari ini terbuka hati untuk berkongsi sejarah saya terjun ke dunia bisnes tudung. Saya masih menjalankan perniaagaan tersebut secara sambilan dan masih bekerja sepenuh masa sebagai jurutera di sebuah syarikat di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Kerjaya sebagai jurutera saya mulakan sebaik sahaja tamat belajar sehinggalah sekarang... emmh pejam celik, pejam celik, dah 15 tahun lebih saya berteleku di sini. Bekerja di sebuah R&D company yang amat mementingkan produk dan keuntungan...dimana kadang-kadang bila waktu kemuncak, waktu kerja kami bukan lagi 8am-5pm, tetapi  secara tidak disedari ianya bertukar kepada 8am- ~10pm. Masing-masing pulun kena siapkan kerja. Jika keaadan lebih kritikal, matahari pun saya tak sempat nampak. Nak tambahkan perasa lagi, ada ketikanya hari sabtu/ ahad pun kena datang kerja....aduih!! Sesungguhnya telus dari sanubari, saya amat tidak suka dengan semua ini, jiwa saya memberontak!! Tapi... demi beberapa suap nasi terpaksalah pujuk hati sendiri, suami dan yang paling utama hati dan perasaan anak-anak... huhu!

Sebagai seorang ibu kepada 5 orang anak yg sedang membesar berusia 3-14 tahun, saya memang sangat peka dan sensitif mengenai 'keperluan asas' anak-anak terutamanya bila menyentuh bab masa dan kasih sayang. Saya tidak mahu berhempas pulas mencari rezeki tapi anak-anak kurang perhatian dan kasih sayang. Bila di kenang-kenangkan, masa berkualiti bersama anak-anak amatlah sedikit. Mujur pagi-pagi saya kena hantar mereka ke sekolah, perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 15 minit membuatkan anak-anak berebut-rebut untuk menceritakan 'kisah' masing-masing... mana taknya bila saya pulang dari kerja mereka dah tidur!! Kesian mereka... kadang-kadang bila mereka sampai rumah, kami suami isteri belum sampai lagi. Tiada makanan terhidang di atas meja, tiada sesiapa yang menyambut kepulangan mereka!! Saya masih di pejabat manakala suami pula yang bekerja di Kulim memerlukan sedikit masa untuk sampai ke rumah kami di Bayan Baru. Bagi saya pula, masa yang saya ada untuk diri sendiri dan keluarga sangat cenonet... Untuk menulis ini pun, saya gunakan masa rehat saya. Masa rehat itulah saya gunakan untuk  saya melakukan segala 'personal things'; menanda buku latihan anak jika sampai musim exam, mengemaskinikan segala akaun yang ada, merancang itu ini... fuihhh, pendek kata dalam satu hari macam-macam watak saya buat.. engineer, accountant, planner ... amat jarang untuk saya keluar makan berjimba-jimba dengan kawan sepejabat... agak-agaknya sampai bila yea saya boleh tahan??

Nampak gayanya saya kena stop dulu, dah nak habis waktu lunch! Nak pi solat zohor dulu... nanti saya sambung yea. Kesimpulannya, bagi saya anak-anak adalah 'nyawa' saya! Moga Allah permudahkan 'jalan' kita semua... ameen Ya Rabb!



Wednesday 2 October 2013

DariNya diatas ketentuanNya...

Assalamualaikum, Salam persahabatan. Hari ni terasa ingin berdiskusi mengenai rezeki...
Apa itu rezeki? Setiap individu pasti tidak lupa untukk meminta agar ditambahkan rezeki ketika berdoa. Yea...rezeki bukan sekadar nampak dimata...kesihatan yg baik atau keluarga yang bahagia juga itu sebahagian dari rezeki kurniaan Allah SWT. Milik kita belum tentu rezeki kita... apa yang didapati melalui usaha kita, padanya juga terdapat rezeki orang lain. Merujuk kepada petikan dari tulisan Ustaz Asraff Ayob, untuk medapatkan rezeki, ianya boleh dijemput dengan menjaga dan mengambil hati si PEMBERINYA. Antara yang boleh dipraktikkan untuk 'mencuri' hatiNYA ialah melalui:

1. Lazimkan puasa isnin-khamis keranaNya
2. Dari solat lambat, cuba solat awal waktu dan lazimkan 1 waktu di masjid
3. Bersedekah secara konsisten.
4. Tinggalkan 'maksiat kecil' yang dah sebati dalam kalendar hidup
5. Dari kurang 'tutup' kepada memakai baju yg lebih menjaga aurat semata2 utk Dia


Mudah-mudahan perkongsian petang ini sedikit sebanyak dapat mebantu kita di dalam membentuk jati diri muslim/muslimah yang kaya, berjaya serta diberkatiNya... ameen!

 Credit to:
1. Ustaz Asraff Ayob https://www.facebook.com/asraffayob
2. Buku MMR

Tuesday 1 October 2013

Mari berkenalan... "Road to Success"

Assalamualaikum, Salam perkenalan!

Buah cempedak diluar pagar...
Ambil galah tolong jolokkan..
Saya budak baru belajar..
Kalau salah tolong ajarkan :)

Kesian kan.. dah nak masuk fasa ke2 kehidupan baru ada e-celoteh. Tapi takpe..sekurang-kurangnya saya dah mulakan (mode pujuk diri sendiri..hihi)... Memang berkobar2 nak menulis walaupun kekurangan idea... bak kata mentor saya... "tulis je.. let it flow!" Untuk permulaan ni, meh kita berkenal-kenalan. Saya perkenalkan diri saya yea..tak payah tunggu orang tanya...:)

Saya Rafidah Binti Abdul Rahman. Merupakan pengasas syarikat IBURICH Global Sdn. Bhd. Kepakaran saya ialah di dalam membantu wanita muslimah tampak anggun bergaya dengan menyediakan hijab terkini BERKUALITI PREMIUM pada harga MAMPU MILIK. Sila layari facebook page IbuHomeBiz atau laman sesawang www.ibuhomebiz.com.my bagi mendapatkan maklumat lanjut koleksi terkini pilihan anda.